Sabtu, 23 Januari 2010

Uhibbuki Fillah wa Lillah


Ya Allah aku bersyukur padamu kerana memberikan aku Sahabat seindah dan sebaik Dia.. Dia yang membawaku kejalan kebenaran dan membantuku mengenalmu serta mengajarku mencintaimu...

Ya Allah aku bersyukur padaMu kerana mendengar rintihanku..Kau mendengar bisikan hatiku, mendengar tangisanku, mendengar apa sahaja yang ku luahkan padamu..
Ya Allah, Kau berikan lebih dari apa yang aku fikirkan.. Kau berikan aku sahabat sebaiknya..Kau pertemukan kami di RumahMu dan disitu lah aku tahu CINTAMU adalah INDAH..
Ya Allah campakkan rasa sayang secara tiba-tiba dalam hatiku padanya hingga aku sendiri keliru mengapa aku jadi begitu.. Rupanya Kau ingin mengajarku apa erti UKHWAH KERANA ALLAH..

Ya Allah indahnya rasa itu.....tidak mampu aku gambarkan pada kata-kataku tapi aku tahu Kau tahu apa perasaanku..kerana Kau sentiasa bersamaku...kerana Kau lebih dekat dari nadi dileherku kerana Kau mendengar semua bisikan hatiku...

Ya Allah, bertambah manis Ukhuwah keranaMu itu dengan perasaan dan naluri yang beri Kau beri padaku.. Aku seperti merasai kesedihanya dan dia juga seperti merasai kesulitanku.. Manis Ya Allah........

Ya Allah Sahabatku ini sahabat yang Kau berikan kala malam harinya aku menangis kerana aku yang lemah memohon padamu meminta sahabat untuk ku yang boleh membimbingku disini yang boleh berkongsi apa-apa bersamaku.. dan aku tak sangka Ya Allah dan tidak pernah terfikir dia orangnya.. Sedangkan pada kali pertama aku mendengar kata-kata nya aku amat tersentuh dengan keikhlasannya dan aku amat menghormatinya dan rupanya ini lah hadiah yang paling mahal kau berikan padaku..

Ya Allah, aku pernah meragui keihklasannya tapi aku cepat tersedar bahawa dia seorang yang berpengang kuat pada QURAN dan SUNNAH jadi ku buang jauh-jauh perasaan itu..tapi aku masih berdoa ada keajaiban berlaku dan keajaiban itu benar-benar berlaku..Kau temukan kami dimasjid betul-betul dimana tempat aku sedang berdiri...KEKUASAANMU AMAT BESAR..SUBHANAALLAH........

Ya Allah masih Kau ingat lagi ketika hatiku bercelaru dan aku meminta petunjukMu mengapa hatiku tidak tenang tika itu.. cuba memberi mesej padanya dengan kata semangat tapi aku tak tahu mengapa aku berbuat bergitu.. tapi mesej ku tidak berbalas.. jadi aku cuba untuk menghubunginya pula tapi tiada jawapan.. hatiku tika itu seperti berkata "ini ada sesuatu"....
aku ingin keluar waktu itu untuk mencari jawapan pada punca ketidak tenangan hatiku.. tapi aku dihalang oleh ahli baitku kerana tika sudah terlalu petang.. jadi aku menurutnya dan aku sendiri tidak tahu mengapa aku menurut kata ahli bait ku..(yelah selalunya aku ni bukan nk dgr nsihat kalo org kata bhye ni).. tapi sebenarnya ku masih cari jalan untuk keluar cuma tunggu masa yang sesuai(kerana hatiku meronta untuk mencari jawapan).

Ya Allah bila masa sesuai dan ahli baitku leka aku siap-siap untuk keluar dan akhirnya aku berjaya keluar (asiah nmpak je aku keluar tp die faham perasaan aku pada masa tu).. tempat pertama aku tuju adalah RumahMu...TIADA....
aku berjalan terus dan sambilku berjalan aku memohon padaMu kau berilah jawapan kenapa hatiku tidak tenang seperti mencari sesuatu jawapan pada punca keresahanku... sampai ke Gamek aku berjalan, aku toleh mencari-cari yang aku sendiri tidak pasti...TIADA
aku berjalan lagi hingga ke kedai roti...kini aku hampir putus asa kerana aku menoleh mencari masih tiada jawapan... Lalu aku terfikir mungkin aku hanya mencari roti kerana tika itu aku lapar mungkin itu sebabnya aku keluar mencari sesuatu (pujuk diri sebenarnya)...

Ya Allah, kali ini bila ku menoleh lagi tapi kerana ingin mencari roti.. Tapi aku terpandang sesuatu...sesuatu yang aku rasa itu lah jawapan yang aku cari..aku berlari padanya. Aku memeluknya...eratku rasakan....sayunya tika itu...rasa seperti persoalan yang ku cari aku temui dan dia sahabatku itu menangis kerana kemuliaan hati miliknya..tika air matanya jatuh hatiku sayu..(tidak perlu lah aku lengkapkan apa yang berlaku selepas itu).

Ya Allah indahnya kasihmu padaku..kau melambatkan urusan ku untuk keluar dari rumah untuk memberikan aku jawapan pada pencarianku melalui perantaran ahli baitku..masa dan percaturanmu amat kemas serta tersusun...SUBAHANAALLAH ajaib sungguh....

Ya Allah disebabkan semua ini hubungan kami lebih akrab..KASIH DAN SAYANG PADA SAHABAT KERANA ALLAH..ukhwah kerana ALLAH........ini lah kali pertama aku merasainya...indah~~~~~~~...tiada ucapan yang mampu keluar untuk menggambarkannya....
Ya Allah ku POHON PADAMU, jadikan lah kami sahabat yTebalang beriman yang ibarat mentari menyinar, jadikan lah kami sahabat setia bagai pewangi yang mengharumkan, jadikanlah kami sahabat sejati menjadi pendorong impian jadikan lah kami sahabat berhati mulia yang membawa ke jalan ALLAH...

Ya Allah ALHAMDULLILAH kerana kasih sayangmu padaku...
kini aku berusaha menjadi insan yang baru....TUJUANKU mencari TuhanKu (ALLAH), mencari diriku sebenar dan tujuan hidupku....
BANTULAH AKU YA ALLAH..............hulurkan taliMu untuk ku...amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan