Rabu, 3 Februari 2010

UhBbuki jidDAn AbadAn AbaDan fiLLah

ukhuwah dan kasih sayang mukmim terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya ia bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta, bukan kerana selalu bersama, tidak dengan setia hadirnya..

Tapi dinilai dengan sebanyak mana namanya meniti dibibirnya disaat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri...

Jumaat, 29 Januari 2010

Bila Kasih Tak Bertepuk Sebelah Tangan..

Jangan salah faham... Tajuk memang macam pelik tapi ini dituju pada SAHABAT.
Rupanya aku tidak lah bertepuk sebelah tangan sebabnya sahabatku juga menyanyangi ku..
macam mana aku tahu?? Dari matanya dari kata-katanya dari perbuatanya dan dari tingkah lakunya.. Bila kita ikhlas bersahabat Allah akan datangkan rasa sayang dalam hati kita..

tapi.....

Sahabat saya ini dah bgtau awal-awal dia kata bila kita mengakui kita bersahabat kerana Allah, Allah akan uji persahabatan kita ini..masa itu banyak kemungkinan akan terjadi sama ada ujian Allah beri itu mengerat kan tau menjauhkan jadi aku kena bersedia dan aku selalu berdoa biar lah ujian Allah beri itu akan mengeratkan lagi persahabatan kami..amin....(syg hafizah!!)

a aa ada lagi...aku teringat kata-katanya, suami didunia belum tentu suami kita di syurga nanti (bidadara). Sebab tu kita kena cinta Allah lebih dari segalanya.. jadi kalau kita ini seorang yang cintakan Allah lebih dari segalanya tak akan kisah jika bermadu...(hehehe tak xde suami lg tau) sebab janji Allah itu benar!

aku tanya pada dia sanggup ker dia bermadu dengan aku kalau ditakdirkan??dia kata kenapa tak kalau bermadu dengan orang yang kita suka..maksud sahabat aku ni kalo perempuan tu dia suka atau baik dia tak kisah dan sanggup tapi kalo perempuan tu dia tak suka memang dia tak rela..(bestnya xpasal2 dapat jd adik beradik)...ini contoh je.. moral of story nya kekasih kita di dunia belum tentu kekasih kita di syurga..jadi jangan pening-pening pikir soal jodoh kita serah pada Allah dan Cintakan Allah dahulu dari yang lain.. Letak dalam hati Allah yang Utama..kerana bila cinta pada Allah cinta yang lainnya akan datang kemudian insyaallah...

Ya Allah aku serahkan padaMu soal jodohku kerana aku sendiri tidak tahu yang terbaik untuk ku.. Aku yakin bisikan hatiku Kau mendengarnya.. berikan lah yang terbaik untukku dan sahabatku Hafizah Haris..amin

Sabtu, 23 Januari 2010

Uhibbuki Fillah wa Lillah


Ya Allah aku bersyukur padamu kerana memberikan aku Sahabat seindah dan sebaik Dia.. Dia yang membawaku kejalan kebenaran dan membantuku mengenalmu serta mengajarku mencintaimu...

Ya Allah aku bersyukur padaMu kerana mendengar rintihanku..Kau mendengar bisikan hatiku, mendengar tangisanku, mendengar apa sahaja yang ku luahkan padamu..
Ya Allah, Kau berikan lebih dari apa yang aku fikirkan.. Kau berikan aku sahabat sebaiknya..Kau pertemukan kami di RumahMu dan disitu lah aku tahu CINTAMU adalah INDAH..
Ya Allah campakkan rasa sayang secara tiba-tiba dalam hatiku padanya hingga aku sendiri keliru mengapa aku jadi begitu.. Rupanya Kau ingin mengajarku apa erti UKHWAH KERANA ALLAH..

Ya Allah indahnya rasa itu.....tidak mampu aku gambarkan pada kata-kataku tapi aku tahu Kau tahu apa perasaanku..kerana Kau sentiasa bersamaku...kerana Kau lebih dekat dari nadi dileherku kerana Kau mendengar semua bisikan hatiku...

Ya Allah, bertambah manis Ukhuwah keranaMu itu dengan perasaan dan naluri yang beri Kau beri padaku.. Aku seperti merasai kesedihanya dan dia juga seperti merasai kesulitanku.. Manis Ya Allah........

Ya Allah Sahabatku ini sahabat yang Kau berikan kala malam harinya aku menangis kerana aku yang lemah memohon padamu meminta sahabat untuk ku yang boleh membimbingku disini yang boleh berkongsi apa-apa bersamaku.. dan aku tak sangka Ya Allah dan tidak pernah terfikir dia orangnya.. Sedangkan pada kali pertama aku mendengar kata-kata nya aku amat tersentuh dengan keikhlasannya dan aku amat menghormatinya dan rupanya ini lah hadiah yang paling mahal kau berikan padaku..

Ya Allah, aku pernah meragui keihklasannya tapi aku cepat tersedar bahawa dia seorang yang berpengang kuat pada QURAN dan SUNNAH jadi ku buang jauh-jauh perasaan itu..tapi aku masih berdoa ada keajaiban berlaku dan keajaiban itu benar-benar berlaku..Kau temukan kami dimasjid betul-betul dimana tempat aku sedang berdiri...KEKUASAANMU AMAT BESAR..SUBHANAALLAH........

Ya Allah masih Kau ingat lagi ketika hatiku bercelaru dan aku meminta petunjukMu mengapa hatiku tidak tenang tika itu.. cuba memberi mesej padanya dengan kata semangat tapi aku tak tahu mengapa aku berbuat bergitu.. tapi mesej ku tidak berbalas.. jadi aku cuba untuk menghubunginya pula tapi tiada jawapan.. hatiku tika itu seperti berkata "ini ada sesuatu"....
aku ingin keluar waktu itu untuk mencari jawapan pada punca ketidak tenangan hatiku.. tapi aku dihalang oleh ahli baitku kerana tika sudah terlalu petang.. jadi aku menurutnya dan aku sendiri tidak tahu mengapa aku menurut kata ahli bait ku..(yelah selalunya aku ni bukan nk dgr nsihat kalo org kata bhye ni).. tapi sebenarnya ku masih cari jalan untuk keluar cuma tunggu masa yang sesuai(kerana hatiku meronta untuk mencari jawapan).

Ya Allah bila masa sesuai dan ahli baitku leka aku siap-siap untuk keluar dan akhirnya aku berjaya keluar (asiah nmpak je aku keluar tp die faham perasaan aku pada masa tu).. tempat pertama aku tuju adalah RumahMu...TIADA....
aku berjalan terus dan sambilku berjalan aku memohon padaMu kau berilah jawapan kenapa hatiku tidak tenang seperti mencari sesuatu jawapan pada punca keresahanku... sampai ke Gamek aku berjalan, aku toleh mencari-cari yang aku sendiri tidak pasti...TIADA
aku berjalan lagi hingga ke kedai roti...kini aku hampir putus asa kerana aku menoleh mencari masih tiada jawapan... Lalu aku terfikir mungkin aku hanya mencari roti kerana tika itu aku lapar mungkin itu sebabnya aku keluar mencari sesuatu (pujuk diri sebenarnya)...

Ya Allah, kali ini bila ku menoleh lagi tapi kerana ingin mencari roti.. Tapi aku terpandang sesuatu...sesuatu yang aku rasa itu lah jawapan yang aku cari..aku berlari padanya. Aku memeluknya...eratku rasakan....sayunya tika itu...rasa seperti persoalan yang ku cari aku temui dan dia sahabatku itu menangis kerana kemuliaan hati miliknya..tika air matanya jatuh hatiku sayu..(tidak perlu lah aku lengkapkan apa yang berlaku selepas itu).

Ya Allah indahnya kasihmu padaku..kau melambatkan urusan ku untuk keluar dari rumah untuk memberikan aku jawapan pada pencarianku melalui perantaran ahli baitku..masa dan percaturanmu amat kemas serta tersusun...SUBAHANAALLAH ajaib sungguh....

Ya Allah disebabkan semua ini hubungan kami lebih akrab..KASIH DAN SAYANG PADA SAHABAT KERANA ALLAH..ukhwah kerana ALLAH........ini lah kali pertama aku merasainya...indah~~~~~~~...tiada ucapan yang mampu keluar untuk menggambarkannya....
Ya Allah ku POHON PADAMU, jadikan lah kami sahabat yTebalang beriman yang ibarat mentari menyinar, jadikan lah kami sahabat setia bagai pewangi yang mengharumkan, jadikanlah kami sahabat sejati menjadi pendorong impian jadikan lah kami sahabat berhati mulia yang membawa ke jalan ALLAH...

Ya Allah ALHAMDULLILAH kerana kasih sayangmu padaku...
kini aku berusaha menjadi insan yang baru....TUJUANKU mencari TuhanKu (ALLAH), mencari diriku sebenar dan tujuan hidupku....
BANTULAH AKU YA ALLAH..............hulurkan taliMu untuk ku...amin....

Allah Dekat bersamaku...

Allah itu lebih dekat dari urat yang yang letaknya dileher kita..cuba letakkan tangamu ke pipi.. tapak tangan itu rasa dekat kita..tapi Allah lebih dekat dari itu sebab setiap bisikan di Hati kita Allah ada mendengar nya....

Ahad, 17 Januari 2010

baru aku mengerti kini walaupun kita bersedih gembira suka benci sayang cinta atau apa-apa jua perasaan kita rasa kepada Allah lah harus kita harus kita kembali. Aku tersentuh melihat sahabatku menangis begitu..air mata nya keluar benar-benar air mata ikhlas. ikhlas kerana cintanya dan takutnya dia pada Tuhanya, ibunya serta rakan-rakanya.

Betapa sygnya dia pada kebajikan hingga terlupa pada hak pada dirinya sendiri. tapi persoalanya kenapa mengapa ada yang tidak dapat melihat keikhlasannya?? sedangan aku yg baru mengenalinya sangat mengkagumi keikhlasan serta tawakal pada Tuhannya.. Mana hati mereka??butakah mata mereka??mata buta atau hati yang buta???mata yang buta tidak mengapa tapi jangan hingga memiliki hati yang buta!!

Aku disampingnya hanya sekadar mendengar luahan hatinya kerana hanya itu yang aku mampu lakukan tapi hati aku bersedih kerana cukup kecil bantuan aku padanya..dimalam harinya tidur tidak lena mengenang sahabatku ni..pikiran ku ligat berpusing berputar mencari jalan apakah harus ku lakukan..pkul 1 pg aku terjaga dari tidur atau pun mmg aku berjaga..Aku bangun memohon petunjuk illahi tuhan yang memiliki alam ini,Pemilik kekayaan serta kekuasaan ini..
tp aku masih belum boleh ketawa kini,senyuman ku masih dusta..

Ya Allah bukalah mata mereka,bukalah mata hati mereka....

pada sahabatku aku akan sentiase disampingmu, membantu, dengar luahanmu dan jika dengan keizinan Allah aku kan membantu lebih dari itu..kesabaran lah kerana Allah amat menyayangimu...

Selasa, 12 Januari 2010

Baru bermula...

Wahai manusia yang paling bahagia
kerana agama dan etka ,meskipun tanpa permata,
kalung dan emas yang menghiasinya
melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya
bagaikan berita gembira, bagaikan hujan,
bagaikan fajar, bagaikan sinar, dan bagaikan awan
dalam sujud, dalam doa,
dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,
dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh
dan kitab-kitab yang juga dipesankan
oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua
yang darinya Rasul Tuhanmu
dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab
engkau adalah manusia yang paling bahagia didunia
berkat keyakinan yang ada
dalam kalbumu yang suci
lagi penuh ketaatan
(petikan Dari jgn bersedih)